~Hai Friends~

Wednesday, September 19, 2012

berhari Raya di UMP untuk tahun akhir jadi student...:D

Raya Raya dan Raya...

Raya bersama kawan-kawan di UMP ni membuatkan aku sayang nak habiskan blajar kat sini...mood sedih :(
Saat yang mengembirakan student UMP ni bila dapat makan free...hehehe...student tu aku la...memang suka sgt makan free ni...

Seperti biasa aku n the geng(Amal,Yani, Kakshida n Idayah) pagi2 lagi dah menapak terpacak kat depan canselori UMP...hehehe (takut xsempat nak ambik makanan) dengar2 la ceramah skit dari Menteri Besar Pahang dan juga dato'NC UMP..

SESI pertama bermula dengan beratur mengambil nasi...biasala...tahap mmg dah lapar...huhu
nasi beriani menjadi pilihan kami...:)

ambik makanan,lepas tu kami mencari tempat yang strategik nak makan...tempat yang xramai orang..depat pusat pentadbiran, kami makan disitu..suasana seperti di pantai....weeee...seronok..

mangsa pertama...akak..a.k.a. kak shida...hehe...peace akak
mangsa kedua...Idayah atau nama samaran cik supik..hai dayah..:)

mangsa ketiga yanie...a.k.a cik moon...senyum nampak gigi aje...
mangsa keempat...amal..a.k.a cik mamal a.k.a supik.... hai amal:)

mangsa terakhir...jeng3...aku la..hehehe...wanie..or diorg panggil moksoo...xtau nape dpt panggilan ituu...

amboii...seronok kan korang di tepi pusat pentadbiran a.k.a pantai itu...hehehe

SESI kedua pulak..kami jelajah lagi gerai2 yang ada tu...
ni la hasilnyer...

dan bila kekenyangan...ni la pulak..


sudah kenyang,,,balik rehat la...hehehe

Sunday, September 9, 2012

will miss this time..1september 2012

Assalamualaikum....
ALHAMDULILLAH...kini aku dah smpai tahun akhir di Universiti...tahun 4...semester ni adalah semester last aku sebelum ke Latihan Industri..moga2 aku dapat buat yang terbaik...
Hummm...kebanyakan kawan2 di universiti lain dah habis buat ijazah diorg..tinggal aku n segelintir kawan2 yang blajar 4tahun ni jela yang belum habis..
Friends...i will miss when we together..baru-baru ni aku n kawan2 buat reunion la skit...wat bakar2 la skit..seronok...tapi lagi seronok klau ramai2..kami ke Lata Tembakah kat jertih terengganu..





ni la kawan2 aku...



hari2 yang indah untuk dikenang....
will miss u all frens!!

Wednesday, May 23, 2012

^_^Ending Of the Semester 6

Alhamdulillah, syukur pada ALLAH...
sebab sudah berakhir semester 6...dah 3 tahun aku berada disini...di bumi UMP ni...

Ending Semester 6....
secara rasminya dah tamat la kuliah,kelas, lecture smua hari ni ;)
bersenang hati je ek ;P
tapi...detik mendebarkan akan tiba 2hari lagi..jeng..jeng...jeng...
bukan final exam ek...tu dah biasa lalui semenjak berada di UMP ni...



HoHo.....
detik yang menakutkan bila presentation PSM ^_^
nanti kne present depan 3orang panel...
waahhhh....menakutkan..
tapi..beruntung sebab dah tau sape panel-panel aku tu...
antaranya:

-Prof Yusserie, pnc HEP
-Dr Cheng Jack Kie
-Mdm Fadzida

waaahhh..untung dapat tau dah...tp, dapat panel yang hebat2...makin la nervous nk present...huhu
#need to prepare for the presentation#!!


bestnye klau aku ada skill presentation macam Hans Rosling's, Steve Jobs...
for sure aku akan dapat A...hihihi...
keyakinan yang agak tinggi diperlukan disini..

semoga dapat buat yang terbaik untuk presentation nanti ;)

Sunday, May 20, 2012

Selamat Hari Guru

assalam semua....dan salam sejahtera..
walaupun hari Guru dah pon lepas beberapa hari yang lepas,
tapi tetap aku ingin mencoretkan disini..

Sebut pasal Guru, bagiku dialah insan yang mengajar kita erti apa itu ilmu pelajaran
semua jasa cikgu-cikgu aku dari tadika, smpai la di universiti akan ku kenang hingga akhir hayat..lecturer pon cikgu jugak..asalkan mengajar je..smua cikgu la tu... ;)

Kenangan yang paling terindah bila disekolah ialah di tingkatan 4&5 and tingkatan 6
terima kasih Sir Ewan, ajarkan math modern ngan cemerlang:)
terima kasih Sir Loo Sing Sang...ajarkan add math.. 
terima kasih teacer Haslina ajarkan BI..
n cikgu-cikgu yang lain..seronok jika dikenangkan kembali...

untuk cikgu tingkatan 6 pulak,


ummi kami kelas 6 atas cekal, thank you teacher Norliza..we love you! and miss You!

ni pulak mama zary..oppsss.,.cikgu zariah..cikgu BM kami..
terima kasih cikgu!!

then ni pulak cikgu khazaimah..cikgu geografi 2 kami..terima kasih cikgu!!

haa...walaupon gmbar scan...tp xpe la..janji dpt tengok...
ni cikgu paling happy dlm kelas...
cikgu Zuraini..merupakan cikgu sejarah kami;)
terima kasih cikgu..melayan kerenah kami yang agak nakal ni...

ni pula cikgu Raihan..cikgu geografi 1... cikgu Raihan ni jugak yang jaga perpustakaan...
dan kami2 yg dalam gambar tu la yang slalu bertapa kat perpustakaan tu...hihi:)
terima kasih cikgu!!

dan kepada cikgu-cikgu yang lain, xde gambar tapi ada dalam ingatan..
cikgu Edy, cikgu Khairulzam, cikgu Ezani, Cikgu Nik Masniza..dan smua cikgu di Sekolah Menengah Bukit Jawa, Terima Kasih Cikgu...Jasamu amatlah aku hargai..

ok la...ngntok sudah..salam smua...:)

Monday, May 14, 2012

Sayang Berpanjangan di Dunia Hingga Akhirat

Assalam semua...

Sayang dan kasih kita berpanjangan pertama skali pada Maha Pencipta kita sendiri iaitu ALLAH s.w.t.
yang kedua kepada rasul...nabi Muhammad S.A.W
dan yang ketiga taat, cinta, kasih dan sayang kita mestilah kpd Ibu dan Bapa kita..
tiada yang penting dalam hidup ini selain mereka..:)

Angah sayang ma ngan abah ;)


"Ya  ALLAH  Ya Tuhanku, cucurilah  rahmat  dan  kesihatan  kepada  kedua
ibu bapaku  seperti  mereka  mengasihi  dan  menyayangi daku 
sewaktu aku kecil"

setiap  ibu bapa ingin melihat anaknya berjaya...

Doaku  pada  orang tuaku  agar  mereka  berbahagia  dunia dan akhirat. 

SELAMAT  HARI  IBU  BUAT  MA!!
Angah  sayang  ma...


 kami  adik beradik sayang  ma  <3<3

Saturday, May 12, 2012

Kerana ALLAH aku cinta padamu..

Terbaca di laman facebook dari 'pakar diari hati'
aku ingin share kat entry ni


Kerana aku mencintaimu, aku tak ingin menyakitimu...
kerana aku menyayangimu, aku tak ingin melukai hatimu...
kerana aku suka akhlak dan budi pekertimu, aku tak ingin mmbuatmu kecewa.


” Bila kamu menaruh rasa di hatimu, biarkan rasa itu indah brsemi dalam cinta-Nya yang abadi.. Bila hatimu ingin aku jadi kekasihmu, berharaplah pada kasihNYA suci... Aku hanya ingin jadi kekasihmu setelah DIA tak lagi cemburu padaku.”

Kamu tahu maksudku, pastinya kamu akn merasa bahagia..
karna dgn saling menjaga hubungan yg blm ada ikatan itu akn menjauhkan duri2 penuh fitnah.

” Biarlah kita menjalani khdupan ini tnpa ada kata, tatapan, atau pertemuan hanya brdua.. Dalam kesendirian itu lebih baik untk lebih dekat kepadaNYA, petunjuk dan redhaNYA kita harapkan untk ikatan yg halal.”

Percyalah akn janji-Nya, bila kita sdh jadi pribadi yang baik Allah kan menyatukan hati kita untuk brsama-sama menyelami lautan cintaNYA, menuju satu kehidupan yang tak akan terpisahkan selama-lamanya.




ciri-ciri lelaki idaman:

1. KAYA lelaki kerana AKHLAK mahmudah
2. TAMPAN lelaki kerana KEJERNIHAN wajah
3. MANIS lelaki kerana SENYUMAN indah dengan niat sedekah
4. TINGGI lelaki kerana KESEDERHANAAN
5. HEBAT lelaki kerana KESABARAN
6. Dan MULIA lelaki kerana KEIMANAN yang TEGUH!

Friday, May 11, 2012

Kesihatan Yang Tidak Menentu...

Bersabarlah...
warghhhh....alangkah bestnya bila demam,batuk smua ni ada yg jaga(cam budak kecik)
demam 1hari xbangun..kelas xpegi..(bagus)..huhu..

batuk, bila mau hilang??? suara, bila mau datang?? minggu depan ada presentation...huaaaa

Ubat! Ubat! Ubat!!!!
huhuhu...tension aku bila kne mkn ubat...
dari kecik smpai besar..ubat mmg xleh pisah dengan aku...smpai dah muak ak tengok ubat...huhu


bestnye bila aku demam ada disamping ma...huhu...rindu sama my mom!!

p/s: kuatkan semangat aku disini! jangan pernah mengalah walaupun dalam kesusahan!!

Thursday, May 10, 2012

12 SIFAT SAHABAT SEJATI MENURUT IMAM AL-GHAZALI

saje2 nak share ni ;)


1. Jika engkau berbuat bakti kepadanya, ia akan melindungimu.

2. Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas baik persahabatanmu itu.

3. Jika engkau perlukan pertolongan daripadanya berupa wang dan sebagainya, ia akan membantumu.

4. Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, ia akan menerima dengan baik.

5. Jika ia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripadamu, ia akan menghargai atau menyebut kebaikanmu.

6. Jika ia melihat sesuatu yang tidak baik daripadamu, ia akan menutupnya.

7. Jika engkau meminta sesuatu bantuan daripadanya, ia akan mengusahakannya.

8. Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), ia akan menanyakan kesusahanmu.

9. Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, ia akan meringankan kesusahanmu (membuat sesuatu untuk menghilangkan kesusahan itu).

10. Jika engkau berkata kepadanya, nescaya ia akan membenarkanmu.

11. Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya ia akan membantumu.

12. Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya ia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan.


##sahabatuntukselamanya##

@_@ Bila Submit PSM @_@

Salam semua pembaca blog..

Hari ni 9/5...yg merupakan hari genapnya laptop ak ni 2tahun sudah...hummm
belajar pon dah nak penghujung semester sudah...
biasa la klau hujung semester ni...smua nk kne siap!
9/5/2012..tarikh boleh dikatakan ngeri jugak bila kne submit Final Year Project Report 1(PSM1)..n continue semester depan pulak untuk PSM 2...
hummm...smua xcukup..xcukup tidur, xcukup makan, xcukup masa, smua la xcukup...kebetulan pulak ak ni xcukup sihat...aduyai...demam melanda diri ini...
Bertahan demi PSM!!
lepas je submit PSM, rasa bagaikn ringan sudah bahu ni...hehe...
then badan pon keletihan, lesu, xbermaya..mcm2 la..
nasib la aku dah g pusat kesihatan plajar (klinik UMP)
makan je ubat..terus tidur..memang rehat secukupnya la..
OK..bangun tidur je kne siapkn kerja lain jugak...assignment berlambak lagi..bukannye PSM je

#just tggu nk present PSM je 25-26 mei ini#


agak2, begini ke rasa kelegaan bila submit PSM??? hurmmm....

p/s: jangan bertangguh bila buat kerja...humm..akibatnya..diri sendiri yang rugi...fikir2kanlah...

Monday, April 30, 2012

@_@ Masa Lalu @_@

Bila Teringatkan Masa Lalu...
hummmm...rasa ingin kembali pada masa lalu..
namun masa lalu tu menjadi satu KENANGAN yang sentiasa ada dalam diri.

Bestnya bila bersama kawan-kawan...


ni kawan-kawan aku tingkatan 5...gambar ni time reunion...seronok!!

ini kawan-kawan aku yang dah berjaya...hihi..
dari kiri..mariah, azyan, umi, dan last nani.

amboi makan...yg tu pulak minum air tak ingt dunia..

mariah and me...sweet kan..hihi ;)


ni pulak..ema..kawan dan jugak jiran aku...

ni masa g oversea.. hehehe..just thailand je..

yett dan ema...

teringat je zaman sekolah dulu... 
sangat seronok...

bila gmbar dibukak...ni la jadinya..senyum sorang2...hehehe...

p/s : Friendship Never Ends...MISS U ALL!!!!



Friday, April 27, 2012

**Putaran Dunia**

Dunia....Dunia...Dunia...
Jika diberi pilihan pada manusia membaiki kesilapan yang lalu, 
Ramai umat manusia akan membaiki balik ke arah Jalan Yang Benar..

Andai dapat kembali pada masa lampau...akan ku ubah segala2nya...
akan ku baiki segala2 yang tak mungkin akan berlaku hari ini...



Dunia...
ada masa bahagia, ada masa sengsara...
YA ALLAH...kuatkan lah hati hambamu ini... agar tabah menempuhi dugaan dariMU ALLAH...
Jadikanlah cabaran itu satu Kekuatan padaku untuk meneruskan Perjuangan hidup ini YA ALLAH...

Wednesday, April 25, 2012

!!! Tidak terhingga!!!

Assalamualaikum semua...

Things are heating up and everything is getting really stressful, deadlines are coming all so close to each other. Hardly any breathing space in between until the end of the semester.

Hari yang agak tertekan...hummmmmm.....
cam biasa ada kelas,, but i need to complete my PSM 1!!
and also need to study...untuk test Risk Management!!
aku jugak kne attend meeting persatuan dan kelab..maklum la..aku kan setiausaha kelab PEMADAM... walaupon xberapa setia dan usahanya...hehe




hummm...ni la keadaan aku sekarang...bnyak sangat yang nak kne siapkan...
baca journal, buku, dan seangkatan dengannya..

harap2 aku dapat sudahkan semua dengan baik...
Study, Assignment, dan jugak Thesis aku..hurrmmm..insyaALLAH

Hopefully: 

aku berharap sangat akan berakhir dengan ini.. Kejayaan!!

Tuesday, April 24, 2012

...Keredhaan ALLAH...

Kita sanggup berjaga kerana menyiapkan assignment,
kita sanggup bangun dinihari kerana takut markah exam rendah
tapi....
kenapa tidak bangun untuk mencari Keredhaan ALLAH..
jika ALLAH redha dengan kita, InsyaALLAH kita akan berjaya di dunia persinggahan yang hanya sementara ni....


jadikan pengalaman semalam sebagai pengajaran padaKU..
semoga ALLAH sentiasa memberkati..



carilah keredaan ALLAH...untuk kebahagiaan di dunia dan akhirat
INSYAALLAH...

Monday, April 23, 2012

Malas...Malas...Malas!!!!

Kenapa aku malas sangat bila nak baca journal nk buat PSM ni...huhuhu
adoiii....tarikh dah dekat nk hantarnye...hurmmm

Amalkanlah doa ni...InsyaALLAH dikurangkan sikap malas...

Doa Supaya Dijauhi Sifat Malas.


اَللَّهُمَّ إِنِّيْ أَعُوْذُبِكَ مِنَ الهَمِّ وَالحَزَنْ وَأُعُوْذُبِكَ 


مِنَ العَجْزِ وَالكَسَلْ وَأَعُوْذُبِكَ مِنَ الجُبْنِ 


وَالبُخْلِ وَأَعُوْذُبِكَ مِنَ غَلَبَةِ الدَّيْنِ وَقَهْرِ الرِّجَالِ

“ Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung pada-Mu dari rasa sedih gelisah dan aku berlindung pada-Mu dari sifat lemah dan malas, dan aku berlindung pada-Mu dari sikap pengecut dan bakhil, dan aku berlindung pada-Mu dari cengkaman hutang dan penindasan orang (aniaya). ”


Sunday, April 22, 2012

^_^ Family Gathering ^_^

My Love...
My Love....
Just for My Family...

7 APRIL 2012 hingga 8 April 2012

family gathering tanpa perancangan...but, sgt seronok bila dikenangkan kembali ^-^
Kami sekeluarga memang nak pergi ke Port Dickson, tapi penginapan tidak dirancang.
Pakmuda tempahkan apartment sepatutnya di tempat lain, tapi xpe la,..janji ada je..hehe

TIARA Beach Resort menjadi tumpuan family Ku.


ni la tempatnya...

Sampainya kami di sana, check in dan terus gerak ke Teluk Kemang PD.  Hajat dihati nk naik Banana Boat..tengok ea ape jadi ngn Banana Boat tu..hihi..

ni la dia family ku...tapi ada je yg xde dalam gambar ni.. nenek, abah, ma n ayah su yang xde.
amboi....ahmad lutfi tu...dah beli barang nampak..hehehe

ni la aku..hehe..cam nak nasyid je..



ni pulak along..kakak aku yang sulong..


ni nenek aku ngn menantunya, aunt ann...sayangbetul kat menantunya tu..hehe

jeng...jeng...jeng...kami dah siap tukar pakaian untuk menenggelamkan diri dalam laut..hihi..
ehem...ehem... attention ek..yg belah kiri tu kakak aku,,bukan adik aku..hehe
ramai yang cakap aku yang kakak...huhu...sadis betul..

dari depan abah, aku, along, abg long, dan ayah sa.

Banana Boat Time!!!
tapi xjadi banana boat dah....jadi banana floating boat pulak...
nak tau nape???
sebab boat yang bawak kami tu mati kat tengah2 laut tu haa...jadi la floating boat la kami...huhu
tapi xpe..dapat jugak aku rasa tenggelam..hihi


semua dah kelaparan bila malam menjelma...hehehe

Keesokannya, smua dah segar bila dah tido di tempat yg agak selesa
bangun pagi2 smua pakat dok ambik gmbar..


ni family along, dengan irfan darwish yg cubby tu,comel!!

ni pulak pakmuda dengan aunt ann..pegang anak su..hihi
TQ pakmuda sponsor kami...hehe


ni pulak family sue...
TQ jugak dekat su..blnje mkn, n bnyak lg...


ma dan abah dengan cucunya!!


cikyah dan ayah sa...

aku, along dan ma...love ma!!


ragam si cilik!!...
smua cam org dewasa lagaknya...hehehe


tengok itu,pusing2...agaknya best x??


ni la bila dewasa pon cam kanak2...
ayah sa pon suke naik...hihi..
adam depan, ayahsa, aku dan amar belakang

ermmm..bukan golongan besar je main air tau...baby pon suka main air...
darwish dengan afiq marwan...

pukul 12.30 kami siap2 untuk check out.
smua dah kepenatan dan balik umah pulak.
ma, abah, cikyah dan ayah sa dah nak balik klantan malam tu 8/4
then hantar diorag ke LCCT..

aku pon sedih jugak bila cuti mid sem dah habis...
mesti bnyak kerja yg perlu disiapkan sebelum habis semester ni...

p/s: Jalan2 bersama Keluarga membuatkan Hatiku gembira...

Powered by Blogger.

Template by:

Free Blog Templates