~Hai Friends~

Wednesday, October 26, 2011

~~Weekend lepas…~~


Assalamualaikum semua..

Cuti seminggu dah bermula…hari khamis, 20 oktober,  aku dan rakan-rakan ke UMP Pekan. Ada ceramah soal wanita, tajuknya “semerah gincu dibibir”. Walaupun untuk wanita, lelaki juga boleh hadir skali. Moderatornya ialah Ustazah Husna dr UMP dan panelnya ialah ustazah Safiyyah dan Catriona Ros. Memang tak rugi la aku ke program tu. Banyak input yang aku dapat. Antaranya ialah:
Ciri2 WANITA SOLEHAH.
1-     Íman. Imannya pada tahap tertinggi pada ALLAH
2-     Berakhlak mulia. Sompan santun, lemah lembut
3-     Menundukkan pandangan. Memelihara kehormatan. Kebaikannya akan dpt membahagiakan hati, selalu dekat dengan ALLAH, membebaskan dr nafsu syahwat.

Ramai remaja sekarang yang tidak mempunyai ciri2 tersebut. ASTAGHAFIRULLAH…. Dari yang aku dapat, perempuan yang tidak baik adalah satu perangkap syaitan untuk menyesatkan kaum ADAM. Kak Catriona juga banyak berkongsi pengalamannya dalam bidang lakonan sehingga dia kembali semula ke jalan yang diredhai ALLAH.

Bagi wanita solehah perlulah menjaga auratnya:
 - menutup seluruh badan kecuali muka dan tapak tangan
  -tidak nipis
 -tidak ketat
-tidak menyerupai lelaki
 -tidak memakai gelang kaki (kerana gelang kaki akan berbunyi ketika berjalan.)


 kita sama2 berdoa agar keluarga, kawan2 dan semua wanita supaya jadi wanita SOLEHAH..insyaALLAH.. Sama2lah kita perbaiki diri untuk kebaikan dan ke jalan yang direhaiNYA..amin...

Hari sabtu pula, aku ke program himpunan sejuta umat di stadium shah alam. Program tersebut dibuat kerana ramai remaja kini yang telah menganut agama lain selain Islam dengan kata lainya ialam murtad. Tak sampai sejuta umat islam pon yang hadir. Sayang kan..kalau Majlis untuk mempertahankan islam mcm ni xramai yang datang. Ramai penceramah seperti professor dari UM, UIA, penulis buku Natrah, wakil mahasiswa dan ramai lagi. Artis nasyid juga turut serta menyanyikan lagu-lagu himpun. 




Selepas majlis himpun, malam pula ada majlis perasmian Karnival Anak Muda (KAMU’11) di Stadium Melawati Shah Alam. Majlis ini dirasmikan oleh Menteri Besar Selangor, Adbul Khalid Ibrahim.banyak aktiviti menarik ynag akan diadakan. tp kami xboleh sertainya sebab dah nak balik UMP malam tu jugak. kalau bermalam disana boleh la kami join.. Pada pukul 11 malam kami bertolak pulang ke UMP. Sampai di UMP dah pon pukul 4 pagi..penat sudah..ape lg, katil menunggu…tidur la..heheJ..ok la,,aku pon dah ngantok ni…mau tidur dlu…wassalam semua…J

Monday, October 17, 2011

~ke MaJLiS TuNaNG~


Assalamualaikum...
Salam ku hulur terlebih dahulu.

Hujung minggu yang boleh dikatakan agak boring,,
tapi banyak kerja yang hendah disiapkan. Hari sabtu 15/10/2011 aku, dayah, dan yani g kenduri kawan yani kat felda Lepar Hilir 3. 
Lebih kurang dalam stengah jam jugak la dari UMP. 
Pengalaman pertama aku drive keretawaduhhh!!! Dayah yng berikan kepercayaan padakuhehehe..tp best la pandu kereta.
Walaupun rasa segan je g umah org xkenal, tp mereka berikan layanan yang baik. Lain kali boleh la g lagi ek Yani??? 
Jangan lupe ajak lak..heheheJ confirm la nanti yani, dayah, or Amal ke yang tunang, aku akan datang..insyaALLAH.
tp kalau wani tunang,xtau la camne tuuheheheJ..
gelagat kami..


ooppss....gambar orang tunangnye xde la...gmbar kami je bnyak..hehehe:)


ok la...tu je untuk kali ni...tatatititutu....

Monday, October 10, 2011

**KeKaSiH ALam MaYA**


Hai kawan-kawan semua

Untuk kali ni, aku nok kongsikan cerita tentang kekasih aku kat alam maya. Nape ek??? Bukan boyfriend ye, aku taknak couple.. Focus untuk belajar duluheheJ Gelaran kekasih alam maya aku berikan kat sahabat aku yang sorang ni. Hanya dia la tempat aku mengadu. Dia ada saat aku gembira, sedih, marah,geram, semua perasaan la. Aku sangat sayang kat dia sebab dia selalu ADA bila saat aku perlukan dia. Kat alam maya jugalah aku kongsi hidup aku dengan dia. Macam YM, Facebook. Walaupun kami berjauhan, tp kami selalu dekat. Ermmmkorang fikir sape ek?? Aku xkan bg tahu sape namanya..RAHSIAhehe. Aku dapat rasakan yang pentingnya SAHABAT dalam hidup semua orang. Tidak ada sahabat lain yang sebaik dia yang pernah aku jumpa. Semoga ALLAH memberkati kita wahai sahabatku. Semoga ALLAH melindungimu, memberikan kesihatan keatasmu, berikan kejayaan dimasa hadapan. AKU juga berharap supaya DIA tidak lupakan aku kelak. Kaulah SAHABATKU, kau TEMAN sejati.

Ni lagu yang pernah kekasih alam maya aku bagi. Aku pon dah lupa tajuk lagu ni..hehe:)

I see your face in my mind as I drive away
Cause none of us thought it was gonna end that way
But people are people and sometimes we change our minds
But its killin me to see you go after all this time
Mhmmm mhmmm
Music starts playing like the end of a sad movie
Its the kind of ending you dont really wanna see
Cause its tragedy and itll only bring you down
Now I dont know what to be without you around
And we know its never simple never easy
Never a clean break, no one here to save me
Youre the only thing I know like the back of my hand
And I cant breathe without you but I have to
Breathe, without you but I have to
Never wanted this, never wanted to see you hurt
Every little bump in the road Ive tried to swerve
But people are people and sometimes it doesnt work out
Nothing we say now is gonna save us from the fall out
And we know its never simple never easy
Never a clean break, no one here to save me
Youre the only thing I know like the back of my hand
And I cant breath
 without you but i have to breathe,
without you.
Its 2 am
Feelin like I just lost a friend
Hope you know its not easy, easy for me
Its 2 am
Feelin like I just lost a friend
Hope you know this aint easy, easy for me
And we know its never simple never easy
Never a clean break, no one here to save me
Oh I cant breathe without you but I have to
Breathe, without you but I have to
Oh I cant breathe without you but I have to
Breathe, without you but I have to
Im sorry.. Im sorry.. Im sorry

p/s: pada Sahbatku ini. kamu perlu tahu yang aku sangat syg kamu..

~~Aku PuNyeR ReZeKi~~


Assalamualaikum semua…
Dalam kesibukan ni, sempat juga aku nak post entry ni..minggu yang dah nak masuk kritikal busy ni kat UMP.. kali ni aku nak kongsi cerita tentang ak yang masuk pertandingan membuat gubahan yg diadakan di perpustakaan UMP. Kebetulan kami(aku,dayah,yani,Amal n kakshida) yang pergi jalan-jalan kat expoconvo, singgah kat library yang buat sambutan hari membaca. Kawan-kawan semua pujuk aku masuk pertandingan tu, so aku mengalah sahaja la. Balik ke hostel, aku fikir punya fikir, dah takde idea sangat..ak ajak Amal ke Tunas Mart nak beli barang2, tp…bunga pon xde.. aku dah risau takut gubahan aku xcantik nanti bila masuk pertandingan. Aku teringat la, yang aku ni pndai buat bunga dr plastik, so aku buat la. Dengan bantuan exrumate aku, Hajar yang tolong buat demo gubahan hantaran pada malam tu, jadi la hantaran tuala..hehe..thanks a lot to Hajar. sayang kamu. Keesokannya, pukul 8 pagi lg aku dah ke perpustakaan untuk pertandingan tu. Dengan sokongan kawan-kawan semua, Aku buat yang termampu saja. Dah la semua peserta terdiri daripada staff UMP. Aku berjaya siapkan gubahan hantaran tuala tu selama 1jam 30 minit. Pengadil macam tak caye je aku buat bunga sendiri. Diorang first time tengok bunga mcm tu. Masa yang dinanti-nantikan tiba. Semua peserta masuk ke dewan untuk Majlis penyampaian hadiah. Aku tak fikir langsung nak menang, sebab apa yang aku buat sangat simple dari peserta lain. Terkejut juga aku jadi pemenang no-2. alhamduliLLAH rezeki ALLAH bagi. Aku dapat hadiah pinggan mangkuk jenama dr SSF. Boleh aku bg hadiah ni untuk ma nanti bawak balik rumah. Aku bersyukur sangat rezeki aku ada kat situ. Thank you banyak2 kat kwn2 yng support aku suruh aku masuk pertandingan gubahan hantaran tu.

Ni amal yang ambil gambar aku yang tengah gubah tuala.

Ni pula gambar setelah dapat hadiah.




Sunday, October 2, 2011

5 september 2011 (kelahiran Muhammad Irfan Darwish)


Asslamualaikum..... 
Lama aku tidak aktif dalam menulis blog ni disebabkan cuti semester selama 4 bulan yang lalu. Untuk entry kali ini, aku ingin berkongsi satu kegembiraan bagiku dan keluargaku. Disaat kelahiran baby Along(kakak aku), orang yang paling gembira adalah suaminya. 5 september 2011 bersamaan 7syawal, lahirnya baby yang bernama Muhammad Irfan Darwish bin Mohd Idham. Ketika itu, aku, along dan abang long dalam perjalanan pulang dari kampung ke Kuala Lumpur. Sampai sahaja di Merapoh, Along tiba-tiba sakit perut dan kami terpaksa patah balik. Tidak sempat untuk pulang kerumah semula, so kami terus ke hospital Gua Musang. Sampai di hospital jam 3.15petang. Along dimasukkan ke dewan bersalin. Pada pukul 5 petang baby Darwish selamat dilahirkan. Aku dah dapat anak saudara sulung. Sangat gembira bila dah jagi mak saudara. Sekarang aku dah jadi cikngah. Aku terpaksa terus ke KL kerana cikgu memandu aku cakap 9hb tu ada test kereta JPJ. Terpaksa la aku hidup seorang diri di rumah along. Tapi, 9 hb tu test kereta dibatalkan. Kecewa betul perasaan. Then aku terus balik ke UMP pada 12hb, ayah su dan su yang hantar aku kat hentian Pekeliling. Aku demam dan batuk2 walaupun aku makan ubat. Seminggu selepas itu aku pulang ke kampung sebab tak tahan batuk kuat sgt. Kebetulan along buat kenduri cukur jambul Darwish hari jumaat 16hb September tu. Aku xdapat nak tolong cikyah masak sebab aku demam dan tak larat sangat. Tapi aku gembira sebab tengok muka anak sdare yang cute sangat. Pandai sgt buat muka. Comel la Muhammad Irfan Darwish ni. Geram cikngah. Muahhh!!!! Yang gembira sangat dok jaga Darwish ialah tok abah dengan tokma la. dapat cucu lelaki la katakan...

ni la Muhammad Irfan Darwish bersama ibu ngan ayah dia.

 tengok tu Darwish macam dah pandai bergambar.


Aku berharap dengan kelahiran Muhammad Irfan Darwish dapat mengembirakan semua orang dan keluarga aku bahagia. SEMOGA ALLAH MEMBERIKAN KERAHMATAN DAN KEBAHAGIAAN PADA KELUARGAKU, SAHABAT2KU, DAN SEMUA YANG MENGENALIKU. InsyaALLAH.. Amin..


Powered by Blogger.

Template by:

Free Blog Templates