~Hai Friends~

Wednesday, May 23, 2012

^_^Ending Of the Semester 6

Alhamdulillah, syukur pada ALLAH...
sebab sudah berakhir semester 6...dah 3 tahun aku berada disini...di bumi UMP ni...

Ending Semester 6....
secara rasminya dah tamat la kuliah,kelas, lecture smua hari ni ;)
bersenang hati je ek ;P
tapi...detik mendebarkan akan tiba 2hari lagi..jeng..jeng...jeng...
bukan final exam ek...tu dah biasa lalui semenjak berada di UMP ni...



HoHo.....
detik yang menakutkan bila presentation PSM ^_^
nanti kne present depan 3orang panel...
waahhhh....menakutkan..
tapi..beruntung sebab dah tau sape panel-panel aku tu...
antaranya:

-Prof Yusserie, pnc HEP
-Dr Cheng Jack Kie
-Mdm Fadzida

waaahhh..untung dapat tau dah...tp, dapat panel yang hebat2...makin la nervous nk present...huhu
#need to prepare for the presentation#!!


bestnye klau aku ada skill presentation macam Hans Rosling's, Steve Jobs...
for sure aku akan dapat A...hihihi...
keyakinan yang agak tinggi diperlukan disini..

semoga dapat buat yang terbaik untuk presentation nanti ;)

Sunday, May 20, 2012

Selamat Hari Guru

assalam semua....dan salam sejahtera..
walaupun hari Guru dah pon lepas beberapa hari yang lepas,
tapi tetap aku ingin mencoretkan disini..

Sebut pasal Guru, bagiku dialah insan yang mengajar kita erti apa itu ilmu pelajaran
semua jasa cikgu-cikgu aku dari tadika, smpai la di universiti akan ku kenang hingga akhir hayat..lecturer pon cikgu jugak..asalkan mengajar je..smua cikgu la tu... ;)

Kenangan yang paling terindah bila disekolah ialah di tingkatan 4&5 and tingkatan 6
terima kasih Sir Ewan, ajarkan math modern ngan cemerlang:)
terima kasih Sir Loo Sing Sang...ajarkan add math.. 
terima kasih teacer Haslina ajarkan BI..
n cikgu-cikgu yang lain..seronok jika dikenangkan kembali...

untuk cikgu tingkatan 6 pulak,


ummi kami kelas 6 atas cekal, thank you teacher Norliza..we love you! and miss You!

ni pulak mama zary..oppsss.,.cikgu zariah..cikgu BM kami..
terima kasih cikgu!!

then ni pulak cikgu khazaimah..cikgu geografi 2 kami..terima kasih cikgu!!

haa...walaupon gmbar scan...tp xpe la..janji dpt tengok...
ni cikgu paling happy dlm kelas...
cikgu Zuraini..merupakan cikgu sejarah kami;)
terima kasih cikgu..melayan kerenah kami yang agak nakal ni...

ni pula cikgu Raihan..cikgu geografi 1... cikgu Raihan ni jugak yang jaga perpustakaan...
dan kami2 yg dalam gambar tu la yang slalu bertapa kat perpustakaan tu...hihi:)
terima kasih cikgu!!

dan kepada cikgu-cikgu yang lain, xde gambar tapi ada dalam ingatan..
cikgu Edy, cikgu Khairulzam, cikgu Ezani, Cikgu Nik Masniza..dan smua cikgu di Sekolah Menengah Bukit Jawa, Terima Kasih Cikgu...Jasamu amatlah aku hargai..

ok la...ngntok sudah..salam smua...:)

Monday, May 14, 2012

Sayang Berpanjangan di Dunia Hingga Akhirat

Assalam semua...

Sayang dan kasih kita berpanjangan pertama skali pada Maha Pencipta kita sendiri iaitu ALLAH s.w.t.
yang kedua kepada rasul...nabi Muhammad S.A.W
dan yang ketiga taat, cinta, kasih dan sayang kita mestilah kpd Ibu dan Bapa kita..
tiada yang penting dalam hidup ini selain mereka..:)

Angah sayang ma ngan abah ;)


"Ya  ALLAH  Ya Tuhanku, cucurilah  rahmat  dan  kesihatan  kepada  kedua
ibu bapaku  seperti  mereka  mengasihi  dan  menyayangi daku 
sewaktu aku kecil"

setiap  ibu bapa ingin melihat anaknya berjaya...

Doaku  pada  orang tuaku  agar  mereka  berbahagia  dunia dan akhirat. 

SELAMAT  HARI  IBU  BUAT  MA!!
Angah  sayang  ma...


 kami  adik beradik sayang  ma  <3<3

Saturday, May 12, 2012

Kerana ALLAH aku cinta padamu..

Terbaca di laman facebook dari 'pakar diari hati'
aku ingin share kat entry ni


Kerana aku mencintaimu, aku tak ingin menyakitimu...
kerana aku menyayangimu, aku tak ingin melukai hatimu...
kerana aku suka akhlak dan budi pekertimu, aku tak ingin mmbuatmu kecewa.


” Bila kamu menaruh rasa di hatimu, biarkan rasa itu indah brsemi dalam cinta-Nya yang abadi.. Bila hatimu ingin aku jadi kekasihmu, berharaplah pada kasihNYA suci... Aku hanya ingin jadi kekasihmu setelah DIA tak lagi cemburu padaku.”

Kamu tahu maksudku, pastinya kamu akn merasa bahagia..
karna dgn saling menjaga hubungan yg blm ada ikatan itu akn menjauhkan duri2 penuh fitnah.

” Biarlah kita menjalani khdupan ini tnpa ada kata, tatapan, atau pertemuan hanya brdua.. Dalam kesendirian itu lebih baik untk lebih dekat kepadaNYA, petunjuk dan redhaNYA kita harapkan untk ikatan yg halal.”

Percyalah akn janji-Nya, bila kita sdh jadi pribadi yang baik Allah kan menyatukan hati kita untuk brsama-sama menyelami lautan cintaNYA, menuju satu kehidupan yang tak akan terpisahkan selama-lamanya.




ciri-ciri lelaki idaman:

1. KAYA lelaki kerana AKHLAK mahmudah
2. TAMPAN lelaki kerana KEJERNIHAN wajah
3. MANIS lelaki kerana SENYUMAN indah dengan niat sedekah
4. TINGGI lelaki kerana KESEDERHANAAN
5. HEBAT lelaki kerana KESABARAN
6. Dan MULIA lelaki kerana KEIMANAN yang TEGUH!

Friday, May 11, 2012

Kesihatan Yang Tidak Menentu...

Bersabarlah...
warghhhh....alangkah bestnya bila demam,batuk smua ni ada yg jaga(cam budak kecik)
demam 1hari xbangun..kelas xpegi..(bagus)..huhu..

batuk, bila mau hilang??? suara, bila mau datang?? minggu depan ada presentation...huaaaa

Ubat! Ubat! Ubat!!!!
huhuhu...tension aku bila kne mkn ubat...
dari kecik smpai besar..ubat mmg xleh pisah dengan aku...smpai dah muak ak tengok ubat...huhu


bestnye bila aku demam ada disamping ma...huhu...rindu sama my mom!!

p/s: kuatkan semangat aku disini! jangan pernah mengalah walaupun dalam kesusahan!!

Thursday, May 10, 2012

12 SIFAT SAHABAT SEJATI MENURUT IMAM AL-GHAZALI

saje2 nak share ni ;)


1. Jika engkau berbuat bakti kepadanya, ia akan melindungimu.

2. Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas baik persahabatanmu itu.

3. Jika engkau perlukan pertolongan daripadanya berupa wang dan sebagainya, ia akan membantumu.

4. Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, ia akan menerima dengan baik.

5. Jika ia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripadamu, ia akan menghargai atau menyebut kebaikanmu.

6. Jika ia melihat sesuatu yang tidak baik daripadamu, ia akan menutupnya.

7. Jika engkau meminta sesuatu bantuan daripadanya, ia akan mengusahakannya.

8. Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), ia akan menanyakan kesusahanmu.

9. Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, ia akan meringankan kesusahanmu (membuat sesuatu untuk menghilangkan kesusahan itu).

10. Jika engkau berkata kepadanya, nescaya ia akan membenarkanmu.

11. Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya ia akan membantumu.

12. Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya ia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan.


##sahabatuntukselamanya##

@_@ Bila Submit PSM @_@

Salam semua pembaca blog..

Hari ni 9/5...yg merupakan hari genapnya laptop ak ni 2tahun sudah...hummm
belajar pon dah nak penghujung semester sudah...
biasa la klau hujung semester ni...smua nk kne siap!
9/5/2012..tarikh boleh dikatakan ngeri jugak bila kne submit Final Year Project Report 1(PSM1)..n continue semester depan pulak untuk PSM 2...
hummm...smua xcukup..xcukup tidur, xcukup makan, xcukup masa, smua la xcukup...kebetulan pulak ak ni xcukup sihat...aduyai...demam melanda diri ini...
Bertahan demi PSM!!
lepas je submit PSM, rasa bagaikn ringan sudah bahu ni...hehe...
then badan pon keletihan, lesu, xbermaya..mcm2 la..
nasib la aku dah g pusat kesihatan plajar (klinik UMP)
makan je ubat..terus tidur..memang rehat secukupnya la..
OK..bangun tidur je kne siapkn kerja lain jugak...assignment berlambak lagi..bukannye PSM je

#just tggu nk present PSM je 25-26 mei ini#


agak2, begini ke rasa kelegaan bila submit PSM??? hurmmm....

p/s: jangan bertangguh bila buat kerja...humm..akibatnya..diri sendiri yang rugi...fikir2kanlah...

Powered by Blogger.

Template by:

Free Blog Templates