~Hai Friends~

Sunday, October 31, 2010

:::CERITA:::


aku suka laman web ni....iluvislam.com.....
banyak cerita2 menarik...
aku suka sajak ni..."KERANA AKU WANITA"
kerana aku wanita
pandangan Adam mampu tembus ke dasar hatiku

kerana aku wanita
ingin disayangi itu fitrah diriku

kerana aku wanita
mudah terpikat dengan keindahan akhlak seorang lelaki

kerana aku wanita
emosiku selalu mengatasi logik akalku

kerana aku wanita
air mata teman setiaku

kerana aku wanita
sensitivitiku terhadap sesuatu amat tinggi

DAN..

kerana aku wanita
aku damba pertolongan darimu Adam

peliharalah bicaramu denganku
jangan bermain kata denganku
takut rosak hatiku

kerana aku wanita
akhlakmu ukuran dimataku

peliharalah akhlakmu dan imanmu
jangan kau burukkan darjatmu pada mataku
takut rosak thiqohmu

kerana aku wanita
maka peliharalah susunan kata-katamu

kerana aku mudah terasa
namun aku bukan lemah
sekadar ingin kau tahu hati ini mudah tercalar

kerana aku wanita
peliharalah dirimu dari mencemuhku

saat titisan jernih mengalir dari mataku
kerana itu cara untukku
meluahkan perasaanku
supaya hatiku tenang kembali

kerana aku wanita
aku memang sangat peka

maka fahamilah kecerewetanku ada sebabnya

WAHAI ADAM,

kalau kau sangka berpakaian selekeh itu 'cool',
hakikatnya kau begitu jelek pada pandangan kami.

andai kau rasa 'usha' itu tanda kejantanan,
darjat mu telah jatuh pada pandangan kami

jika kau fikir hidup membelakangkan agama itu kemodenan,
maka tiada lagi hormat untukmu dari kami.
Walaupun aku xde "boyfren"......suatu hari mungkin aku jadi isteri pada suami ku...hehehe...aku nak sangat bakal suamiku itu yang boleh jadi imam dalam solatku, penyabar, pandai ambik hati aku, family aku.....masih awal lg untuk aku fikir smua tu....aku baru je 21tahun...hehehe...lagi 5 thn lg kot...

saje nak share......

aku ada terbaca artikle ni....
so, aku nk kongsi kat sini...
6 kaedah memilih sahabat...

Pertama, pilihlah sahabat yang suka melindungi sahabatnya, dia adalah hiasan diri kita dan jika kita dalam kekurangan nafkah, dia suka mencukupi keperluan.

Kedua, pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, dia suka menerima dengan rasa terharu, jikalau ia melihat kebaikan yang ada pada dirimu, dia suka menghitung-hitungkan (menyebutnya).

Ketiga, pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, ia suka menerima dengan rasa terharu dan dianggap sangat berguna, dan jika ia mengetahui mengenai keburukan dirimu ia suka menutupinya.

Keempat, pilihlah sahabat yang jikalau engkau meminta sesuatu daripadanya, pasti ia memberi, jikalau engkau diam, dia mula menyapamu dulu dan jika ada sesuatu kesukaran dan kesedihan yang menimpa dirimu, dia suka membantu dan meringankanmu serta menghiburkanmu.

Kelima, sahabat yang jikalau engkau berkata, ia suka membenarkan ucapan dan bukan selalu mempercayainya saja. Jikalau engkau mengemukakan sesuatu persoalan yang berat dia suka mengusahakannya dan jika engkau berselisih dengannya, dia suka mengalah untuk kepentinganmu.

Keenam, sahabat yang bila engkau memandangnya akan mengingatkan dirimu pada Allah S.W.T.. Maksudnya dapat mengingatkan dirimu untuk meningkatkan amalan kebaikan dan menjauhi kemungkaran.

Dalam memilih sahabat kita hendaklah memilih sahabat yang baik agar segala matlamat dan hasrat untuk memperjuangkan Islam dapat dilaksanakan bersama-sama sahabat yang mulia.

kat sini kesimpulannya, kita hendaklah berkawan kerana ALLAH.....
bukan kerana harta atau kecantikan sahaja.....
"SEMOGA AKU DIBERKATINYA"
amin.....

Friday, October 22, 2010

my frens

Assalamualaikum...
rasa macam nak cerita tentang kawan2 aku je...hehehehe
ni kwan rapat aku...nama dia ain...
ni la geng form 6 aku...hehehe..
study same2 dulu....best sangat time skolah....
skarang smuanya berjauhan.....
rindunya kat kawan2 aku...
semoga mereka pon rindu kataku gak...hehehehe
 ni gambar kteorg g jalan2....
hehehe...seronok sangat....

ni pulakgambar kteorg pegi raya rumah cikgu zuraini....
walaupun jalan agak sibuk,,,smpai jugak kat rumah cikgu....hehehe...
mknan paling best la kek sarawak....hehe..
best jugak cikgu masak nasi himpit,...kenyang kteorg makan...

ni plak kawan aku kat UMP....nama dia dila...
ni la budak2 kelas aku...
Project Management tahun 2...smart tak???hehehee...
ni pulak ex-rumate aku...ngan dialah aku paling rapat...ada problem aku share kat dia....
sayang hajar...hehehehe....
'SEKALI KITA BERKAWAN,SELAMANYA TETAP KAWAN"
wassalam......

Tuesday, October 19, 2010

~~my family~~

ni la parents aku...yg kat tengah 2 kakak sulong aku. 
aku ni anak ke-2. Aku ada lg 2 org adik iaitu kakcik dan adik..
smua adik bradik aku perempuan.
gambar ni time along konvokesyen pada tahun 2008...dah 2tahun berlalu....
ABOUT MY FAMILY...
2010...aku dah dapat abang ipar...hehehe...
seronok jugak ada abang...tambah pulak abang ipar aku ni sporting sangat....
along kahwin ngan abg idham pada 15hb march 2010...
ni gambar kahwin along and abang idham..

ni la gmbar family aku...
TENTANG AKU PULAK....
Aku pulak xde yg istimewa pon...
sekolah rendah dulu aku skolah kat sk Tualang Rendah. Sekolah Menengah pulak aku skolah kat SMK Bukit Jawa. Alhamdulillah lepas STPM aku dapat melanjutkan pelajaran kat UMP(Universiti Malaysia Pahang).
Aku masuk UMP ni pada tahun 2009...skarang aku dah tahun 2...ermmm,,,smakin mencabar la keadaan belajar...First time aku dapat UMP, memang macam xpercaya sebab aku sorang je dalam kelas aku yg dapat UMP...kawan2 aku ramai yg dapat blajar kat UUM, UPSI dan ramai gak yg dapat blajar kat UMS. tapi xpe la janji aku blajar....semoga aku dapat jadi Project Manager yg berjaya nanti....
ni la aku....hehehe...
Dalam hidup aku pulak ada kawan baik yg memang aku syg diorg...
Kawan baik aku ialah Alyff, Ain, Yati, Quek....stiap kali cuti sem memang kteorg slalu jumpa....
Kat UMP pulak aku xde best fren...aku just ramai kawan...
antara kawan2 aku ialah Dila, mira, yani, dayah, amal.. aku jugak kawan ngn budak cina...yg paling aku rapat ialah dengan ching ling...dia baik sangat...
ni la ching ling...

nanti lain kali aku cerita lg psal kawan2....stakat ni la dlu...daaaa

Monday, October 18, 2010

assalamualaikum...

ermmm...aku ni masih baru dlm blog....xtau lg camne nak cantikkan dlm blog ni...
huhu....

Powered by Blogger.

Template by:

Free Blog Templates