~Hai Friends~

Saturday, January 29, 2011

TAKUT-nukilan nazirul mui'izz azmi dari UUM

Takut dibibir dizikir tak henti,
Namun jari,hati,kaki tak pernah realisasi.
Menoda,mencerca jiwa dan raga,
Menghirup dan menjamah segala tegahnya.
Ribuan naskah hamba mencari kata,
Dalam menyurat menguntum sesal jiwa.
Tagih simpati yang melata dan mencipta,
Untuk menghirup segar angin pahala.
Kalau boleh kucarik sejarah lampau,
Wajib kukerah membakar segala lembaran angin agar bersinar talam menyilau.
Bersih noda hamba bersujud tenang,hakikat manusia melakar dosa,
Namun bukan ia lesen yang bertakhta.
Jangan dibiar terusan bercanda,
Kerana dunia semakin membongkok TUA....


thanks to abg Hafis dr UUM (senior alyff) sebab bagi lirik lagu ni...walaupun dengan msg je...:-)
budak2 UMP sgt suka lagu ni...
memang patut juara pun untuk "nyanyian lagu puisi" sempena kempen kami prihatin...
sekali dengar sangat merdu....hehehe:-)

ni la juara dr UUM...yg bawak lagu TAKUT...
hasil nukilan Nazirul mui'izz azmi dari UUM
yg dok belah kanan tu...best suaranya...
abg hafis pulak yg berbaju putih tu....

pemenang kedua dr USIM dan ketiga dr UM...
semoga kempen ni berterusan dan kes pembuangan bayi berkurangan
SEKIAN...:-)

0 comments:

Powered by Blogger.

Template by:

Free Blog Templates