Cemburu Pertama Dalam Sejarah Manusia
Cemburu paling hebat yang pernah terjadi dalam sepanjang alam ini wujud adalah cemburu Iblis kepada Nabi Adam. Apabila Allah menyuruh Iblis sujud pada Nabi Adam, Iblis enggan. Iblis merasakan dirinya lebih bagus dari Nabi Adam. Iblis cemburu kerana Allah memberikan penghormatan yang begitu tinggi kepada Nabi Adam. Akibatnya, Iblis dicampak keluar dari syurga dan kini tempat tinggal abadinya adalah di dalam neraka.Cemburu manusia yang pertama pula berlaku dalam kisah Habil dan Qabil yang merupakan 2 orang putera Nabi Adam. Qabil tidak puas hati dengan Habil kerana Habil akan dinikahkan dengan Iqlima (saudara kembar Qabil) yang jauh lebih rupawan dari Labuda (saudara kembar Habil). Ini kemudiannya membawa kepada adegan-adegan dramatik yang mencemaskan. Klimaks kepada kisah ini adalah apabila Qabil membunuh Habil. Ini kes cemburu pertama dalam sejarah manusia, dan cemburu pertama ini juga telah membawa kepada tragedi pertumpahan darah yang pertama di atas muka bumi ini.
5 perkara pengubat hati
1. Membaca Al-Quran dengan penuh khusyuk dan tawaduk serta menghayati kandungan dan maknanya.
2. Berpuasa sunat ataupun makan yang setakat cukup, yakni tidak menuruti hawa nafsu
3. Tekun beribadah di malam hari seperti qiamullail atau solat tahajud
4. Berusaha mendekatkan diri dengan sentiasa berzikir bagi mengingati Allah
5. Bercampur dan bergaul dengan orang-orang soleh dan alim ulama

0 comments:
Post a Comment