~Hai Friends~

Wednesday, October 26, 2011

~~Weekend lepas…~~


Assalamualaikum semua..

Cuti seminggu dah bermula…hari khamis, 20 oktober,  aku dan rakan-rakan ke UMP Pekan. Ada ceramah soal wanita, tajuknya “semerah gincu dibibir”. Walaupun untuk wanita, lelaki juga boleh hadir skali. Moderatornya ialah Ustazah Husna dr UMP dan panelnya ialah ustazah Safiyyah dan Catriona Ros. Memang tak rugi la aku ke program tu. Banyak input yang aku dapat. Antaranya ialah:
Ciri2 WANITA SOLEHAH.
1-     Íman. Imannya pada tahap tertinggi pada ALLAH
2-     Berakhlak mulia. Sompan santun, lemah lembut
3-     Menundukkan pandangan. Memelihara kehormatan. Kebaikannya akan dpt membahagiakan hati, selalu dekat dengan ALLAH, membebaskan dr nafsu syahwat.

Ramai remaja sekarang yang tidak mempunyai ciri2 tersebut. ASTAGHAFIRULLAH…. Dari yang aku dapat, perempuan yang tidak baik adalah satu perangkap syaitan untuk menyesatkan kaum ADAM. Kak Catriona juga banyak berkongsi pengalamannya dalam bidang lakonan sehingga dia kembali semula ke jalan yang diredhai ALLAH.

Bagi wanita solehah perlulah menjaga auratnya:
 - menutup seluruh badan kecuali muka dan tapak tangan
  -tidak nipis
 -tidak ketat
-tidak menyerupai lelaki
 -tidak memakai gelang kaki (kerana gelang kaki akan berbunyi ketika berjalan.)


 kita sama2 berdoa agar keluarga, kawan2 dan semua wanita supaya jadi wanita SOLEHAH..insyaALLAH.. Sama2lah kita perbaiki diri untuk kebaikan dan ke jalan yang direhaiNYA..amin...

Hari sabtu pula, aku ke program himpunan sejuta umat di stadium shah alam. Program tersebut dibuat kerana ramai remaja kini yang telah menganut agama lain selain Islam dengan kata lainya ialam murtad. Tak sampai sejuta umat islam pon yang hadir. Sayang kan..kalau Majlis untuk mempertahankan islam mcm ni xramai yang datang. Ramai penceramah seperti professor dari UM, UIA, penulis buku Natrah, wakil mahasiswa dan ramai lagi. Artis nasyid juga turut serta menyanyikan lagu-lagu himpun. 




Selepas majlis himpun, malam pula ada majlis perasmian Karnival Anak Muda (KAMU’11) di Stadium Melawati Shah Alam. Majlis ini dirasmikan oleh Menteri Besar Selangor, Adbul Khalid Ibrahim.banyak aktiviti menarik ynag akan diadakan. tp kami xboleh sertainya sebab dah nak balik UMP malam tu jugak. kalau bermalam disana boleh la kami join.. Pada pukul 11 malam kami bertolak pulang ke UMP. Sampai di UMP dah pon pukul 4 pagi..penat sudah..ape lg, katil menunggu…tidur la..heheJ..ok la,,aku pon dah ngantok ni…mau tidur dlu…wassalam semua…J

0 comments:

Powered by Blogger.

Template by:

Free Blog Templates