Asslamualaikum.....
Lama aku tidak aktif dalam menulis blog ni
disebabkan cuti semester selama 4 bulan yang lalu. Untuk entry kali ini, aku
ingin berkongsi satu kegembiraan bagiku dan keluargaku. Disaat kelahiran baby
Along(kakak aku), orang yang paling gembira adalah suaminya. 5 september 2011
bersamaan 7syawal, lahirnya baby yang bernama Muhammad Irfan Darwish bin Mohd
Idham. Ketika itu, aku, along dan abang long dalam perjalanan pulang dari
kampung ke Kuala Lumpur. Sampai sahaja di Merapoh, Along tiba-tiba sakit perut
dan kami terpaksa patah balik. Tidak sempat untuk pulang kerumah semula, so
kami terus ke hospital Gua Musang. Sampai di hospital jam 3.15petang. Along
dimasukkan ke dewan bersalin. Pada pukul 5 petang baby Darwish selamat
dilahirkan. Aku dah dapat anak saudara sulung. Sangat gembira bila dah jagi mak
saudara. Sekarang aku dah jadi cikngah. Aku terpaksa terus ke KL kerana cikgu
memandu aku cakap 9hb tu ada test kereta JPJ. Terpaksa la aku hidup seorang
diri di rumah along. Tapi, 9 hb tu test kereta dibatalkan. Kecewa betul
perasaan. Then aku terus balik ke UMP pada 12hb, ayah su dan su yang hantar aku
kat hentian Pekeliling. Aku demam dan batuk2 walaupun aku makan ubat. Seminggu selepas
itu aku pulang ke kampung sebab tak tahan batuk kuat sgt. Kebetulan along buat
kenduri cukur jambul Darwish hari jumaat 16hb September tu. Aku xdapat nak
tolong cikyah masak sebab aku demam dan tak larat sangat. Tapi aku gembira
sebab tengok muka anak sdare yang cute sangat. Pandai sgt buat muka. Comel la Muhammad
Irfan Darwish ni. Geram cikngah. Muahhh!!!! Yang gembira sangat dok jaga Darwish ialah tok abah dengan tokma la. dapat cucu lelaki la katakan...
ni la Muhammad Irfan Darwish bersama ibu ngan ayah dia.
tengok tu Darwish macam dah pandai bergambar.
Aku berharap dengan kelahiran Muhammad Irfan Darwish dapat mengembirakan semua orang dan keluarga aku bahagia. SEMOGA ALLAH MEMBERIKAN KERAHMATAN DAN KEBAHAGIAAN PADA KELUARGAKU, SAHABAT2KU, DAN SEMUA YANG MENGENALIKU. InsyaALLAH.. Amin..



1 comments:
bakpo xdop gmbar kakcik dgn darwish, xbest la mcm ni...
Post a Comment