~Hai Friends~

Wednesday, April 25, 2012

!!! Tidak terhingga!!!

Assalamualaikum semua...

Things are heating up and everything is getting really stressful, deadlines are coming all so close to each other. Hardly any breathing space in between until the end of the semester.

Hari yang agak tertekan...hummmmmm.....
cam biasa ada kelas,, but i need to complete my PSM 1!!
and also need to study...untuk test Risk Management!!
aku jugak kne attend meeting persatuan dan kelab..maklum la..aku kan setiausaha kelab PEMADAM... walaupon xberapa setia dan usahanya...hehe




hummm...ni la keadaan aku sekarang...bnyak sangat yang nak kne siapkan...
baca journal, buku, dan seangkatan dengannya..

harap2 aku dapat sudahkan semua dengan baik...
Study, Assignment, dan jugak Thesis aku..hurrmmm..insyaALLAH

Hopefully: 

aku berharap sangat akan berakhir dengan ini.. Kejayaan!!

Tuesday, April 24, 2012

...Keredhaan ALLAH...

Kita sanggup berjaga kerana menyiapkan assignment,
kita sanggup bangun dinihari kerana takut markah exam rendah
tapi....
kenapa tidak bangun untuk mencari Keredhaan ALLAH..
jika ALLAH redha dengan kita, InsyaALLAH kita akan berjaya di dunia persinggahan yang hanya sementara ni....


jadikan pengalaman semalam sebagai pengajaran padaKU..
semoga ALLAH sentiasa memberkati..



carilah keredaan ALLAH...untuk kebahagiaan di dunia dan akhirat
INSYAALLAH...

Monday, April 23, 2012

Malas...Malas...Malas!!!!

Kenapa aku malas sangat bila nak baca journal nk buat PSM ni...huhuhu
adoiii....tarikh dah dekat nk hantarnye...hurmmm

Amalkanlah doa ni...InsyaALLAH dikurangkan sikap malas...

Doa Supaya Dijauhi Sifat Malas.


اَللَّهُمَّ إِنِّيْ أَعُوْذُبِكَ مِنَ الهَمِّ وَالحَزَنْ وَأُعُوْذُبِكَ 


مِنَ العَجْزِ وَالكَسَلْ وَأَعُوْذُبِكَ مِنَ الجُبْنِ 


وَالبُخْلِ وَأَعُوْذُبِكَ مِنَ غَلَبَةِ الدَّيْنِ وَقَهْرِ الرِّجَالِ

“ Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung pada-Mu dari rasa sedih gelisah dan aku berlindung pada-Mu dari sifat lemah dan malas, dan aku berlindung pada-Mu dari sikap pengecut dan bakhil, dan aku berlindung pada-Mu dari cengkaman hutang dan penindasan orang (aniaya). ”


Sunday, April 22, 2012

^_^ Family Gathering ^_^

My Love...
My Love....
Just for My Family...

7 APRIL 2012 hingga 8 April 2012

family gathering tanpa perancangan...but, sgt seronok bila dikenangkan kembali ^-^
Kami sekeluarga memang nak pergi ke Port Dickson, tapi penginapan tidak dirancang.
Pakmuda tempahkan apartment sepatutnya di tempat lain, tapi xpe la,..janji ada je..hehe

TIARA Beach Resort menjadi tumpuan family Ku.


ni la tempatnya...

Sampainya kami di sana, check in dan terus gerak ke Teluk Kemang PD.  Hajat dihati nk naik Banana Boat..tengok ea ape jadi ngn Banana Boat tu..hihi..

ni la dia family ku...tapi ada je yg xde dalam gambar ni.. nenek, abah, ma n ayah su yang xde.
amboi....ahmad lutfi tu...dah beli barang nampak..hehehe

ni la aku..hehe..cam nak nasyid je..



ni pulak along..kakak aku yang sulong..


ni nenek aku ngn menantunya, aunt ann...sayangbetul kat menantunya tu..hehe

jeng...jeng...jeng...kami dah siap tukar pakaian untuk menenggelamkan diri dalam laut..hihi..
ehem...ehem... attention ek..yg belah kiri tu kakak aku,,bukan adik aku..hehe
ramai yang cakap aku yang kakak...huhu...sadis betul..

dari depan abah, aku, along, abg long, dan ayah sa.

Banana Boat Time!!!
tapi xjadi banana boat dah....jadi banana floating boat pulak...
nak tau nape???
sebab boat yang bawak kami tu mati kat tengah2 laut tu haa...jadi la floating boat la kami...huhu
tapi xpe..dapat jugak aku rasa tenggelam..hihi


semua dah kelaparan bila malam menjelma...hehehe

Keesokannya, smua dah segar bila dah tido di tempat yg agak selesa
bangun pagi2 smua pakat dok ambik gmbar..


ni family along, dengan irfan darwish yg cubby tu,comel!!

ni pulak pakmuda dengan aunt ann..pegang anak su..hihi
TQ pakmuda sponsor kami...hehe


ni pulak family sue...
TQ jugak dekat su..blnje mkn, n bnyak lg...


ma dan abah dengan cucunya!!


cikyah dan ayah sa...

aku, along dan ma...love ma!!


ragam si cilik!!...
smua cam org dewasa lagaknya...hehehe


tengok itu,pusing2...agaknya best x??


ni la bila dewasa pon cam kanak2...
ayah sa pon suke naik...hihi..
adam depan, ayahsa, aku dan amar belakang

ermmm..bukan golongan besar je main air tau...baby pon suka main air...
darwish dengan afiq marwan...

pukul 12.30 kami siap2 untuk check out.
smua dah kepenatan dan balik umah pulak.
ma, abah, cikyah dan ayah sa dah nak balik klantan malam tu 8/4
then hantar diorag ke LCCT..

aku pon sedih jugak bila cuti mid sem dah habis...
mesti bnyak kerja yg perlu disiapkan sebelum habis semester ni...

p/s: Jalan2 bersama Keluarga membuatkan Hatiku gembira...

Monday, April 16, 2012

~Jalan-Jalan Time~


@@@ASSALAMUALAIKUM@@@

Lama betul tak update blog ni. Walaupun agak sibuk, ermmm….sibuk la sangat aku ni..huhu… hari ni terdetik dihati nak menulis entry blog ni. Cuti semester lepas, 31 februari hingga 8 april 2012 aku dan kawan-kawan buat plan nak g jalan-jalan biasa la klau dah ada kelab jalan-jalan ni…hehehe… untuk kali ni kami(aku, amal, yani, dan idayah) sepakat nk g KL(Kuala Lumpur), dan menginap di hotel percuma iaitu rumah idayah..hehehe…tapi, rancangan xbeberapa nak jadi bila aku tak dapat menginap di rumah dayah sebab terpaksa balik rumah along wat balik barang untuk kakcik..biasala klau ahli perniagaan ni.hehe…
 kami naik bas di depan UMP after test CHANGE MANAGEMENT pagi jumaat tu...agak rushing la sikit. Banyak dugaan aku dapat nk balik KL tu. Barang dah la bwak bnyak, time ni jugak la beg bagasi tu nk rosak tayarnya, sabarjela…heret n angkat ngn tangan…sakit juga bahu ni… tapi, seronok untuk balik, aku kuatkan hati yang xberapa nk kuat ni.. aku, dayah n yani yang balik KL dlu dengan bas BULAN RESTU, amal lak bertolak petang tu dengan bas PLUSLINER.

  




Misi pertama~-~

Hari Sabtu,Diorang jela pergi jalan-jalan kat Time Square, Midvelley dan ntah kat mane lagi diorang jalan2 tanpa aku. Ermmm….aku pulak dah pengsan kat rumah,, sakit bahu la oiii…angkat begnye naik LRT n KTM nk smpai ke KAJANG tu. Tapi rindu terubat jumpa family terCINTA..hehe lagipun tengok si Darwish yang cute tu xsakit lak..hehe…aku just jaga si Darwish jela kat rumah…ibu dia(kakak aku) keje dan abang long plak pergi LCCT ambik saudara dia..main2 ngn darwish je…sambil menghadap PSM(Projek Sarjana Muda)..konon nk siapkan…tapi xsiap2 jugak..huuh..

Misi KeDua~-*

Hari AhadInilah tiba masa untuk aku mengembara mengelilingi KL..cewahh,,,mengembara xtahan tu..haha…. aku dari kajang naik KTM dan juga LRT sampailah kat KLCC. Jumpa la ngn budak2 bertiga ni. Ape lagi  lepas tu xsabar dah nak masuk AQUARIA ni…terus terjah kesana kami berempat. “kak,harga student brape ye?”itulah ayat kami bila smpai kat kaunter beli tiket tuJ  “RM30” jawab sis kat kaunter tu. So, kami bayar then masuk la ape lagi tercegat kat pintu..hehehe… masuk dengan muka selamba, xde perasaan, xtau malu…ape lagi nk kasi…haha….camtu la lagat kami yang mcm budak2 ni walaupon dah boleh jadi mak budak dah pon smuanya.. hehehe….. exited bila melihat kawan2 dalam laut yang comel2 smuanya. Ikan Piranha yang pertama kami tengok dan bnyak lagi hidupan taman laut yang kami tengok dari besar hingga kecik. Keluar dari AQUARIA, kami menuju ke rastoran…tapi al-maklumlah smua makanan mahal2…so,kami berempat mkn KFC je la yang paling murah. After makan2 kami solat kat masjid sebelah KLCC suria then jalan2 kat tasik depan tu smbil bergambar la ape lagi. Hehehe….pastu pulangke rumah kakak dayah di BANGSAR. 

aquaria...

cam kat dalam laut kan??

touch ikan tu!!

seronoknye....

ape yg kat atas tu??

mau terbang kah??

aku yg mencari si duyung yg xmuncul2...hahaha

obor2...nk je bela satu!!

seahorse.... cute la!!

KLCC!!

Hajat dihatiku ingin tidur di rumah dayah, tapi xkesampaian..sorry dayahJ tapi dapat juga kenal rumah dia malam tu lepas beli beger kaw-kaw di wangsa maju. Kami bersusah payah menunggu berger tu dari pukul 6 smpai la 9 mlm. Memang best la, xrugi pon tggu lame….ni lah hasilnye...
beger kaw2 wangsa maju

cara membuat berger kaw-kaw...

Misi Ketiga ^-~

Hari ISNIN Kami punya plan hari isnin ni pulak pergi Sunway Piramid, Subang. 
Usaha kami naik pengangkutan awam, LRT dan bas sampai jugak ke sana. Alhamdulillah… Hajat kami pula bermain ICE SKATING !! kami bayar tiket masuk yang berharga RM23 bagi yang dah ada stokin dan RM28 bagi yang xde stokin. Punya la berat kasut dia jalan bagaikan robot yang xberapa nak jadi robot. Masuk je, tengok manusia yang kat ice tu meluncur…fuyoooo…lajunye abang, kakak, adik2 tu..konon nak jadi jam dia…hampeh..tapi kami belajar dr ornag kat situ camne nak main dengan ok, lama-lama dah biasa, lepas jatuh banyak kali, lepas sakit segala urat-urat dan tulang-tulang….boleh la meluncur dengan perlahan2.ok la tu dr xgerak langsung..heheheh… setelah perut lapar siap berbunyi lagi, kami berhentilah main pada pukul 2.30pm. kami makan berger kat wenndy..after tu solat then pulang la. 

sunway pyramid!!
cara2 memakai kasut ice skating

bila jatuh!!

bila dah pandai..heee

amal ngn dayah yg dah pandai...hihi


Aku pulak dari Bangsar petang tu jugak balik Kajang, pkul 8.15pm smpai kajang. Effect jalan2 ni haiihhh….xyah ckp la, lebam sane, sini, sakit sane sini….habis badan aku…tapi yang penting SAAT BERSAMA KAWAN  itu lebih bermakna. Time ni la kita nak suka duka bersama..kalau dah kerja mungkin tak sempat dah nk spent time TOGETHER !!


Wednesday, March 21, 2012

untuk kakcik

semua comel2...hehehe

5 warna je..

Wednesday, January 18, 2012

~patah hati~

Assalamualaikum...

Semua manusia/makhluk ALLAH diciptakan mempunyai perasaan. begitu juga aku..
aku sangat tidak suka akan orang yang mencaci, menghina orang lain di laman sosial seperti facebook, twitter or blog ke..ia akan membuka aib manusia lain atau rakan2 kita sendiri. Jadikanlah ia manfaat seperti memberi kata2 hikmah pada rakan2, kesedaran or so on. 


ape erti SAHABAT sebenarnya ye???
 bagi aku... SAHABAT ialah....



sahabat yang beriman ibarat mentari yang menyinar
sahabat yang setia bagai pewangi yang mengharum
sahabat yang sejati menjadi pendorong impian
sahabat berhati mulia membawa kita ke jalan Allah


Sahabat bagi aku bukan membantu dr segi duit...
Sahabat juga bagi aku bukan dinilai dari rupa...
Sahabat juga bagi aku bukan dinilai dari style nya...

SAHABAT bagi aku ialah orang yang boleh aku jadikan teman ke Syurga di akhirat kelak...
dalam hidupku, sahabat yang ku kenal betul2 menegurku dlm hukum agama, mendorong impianku untk berjaya..dan itulah yang dikatakan Sahabat... Ramai yang aku kenali hanyalah kawan...
betul orang ada cakap..SAHABAT susah dicari...KAWAN senang dicari...

p/s: nilailah erti persahabatan yang anda miliki.


                                      

                                              

Wednesday, October 26, 2011

~~Weekend lepas…~~


Assalamualaikum semua..

Cuti seminggu dah bermula…hari khamis, 20 oktober,  aku dan rakan-rakan ke UMP Pekan. Ada ceramah soal wanita, tajuknya “semerah gincu dibibir”. Walaupun untuk wanita, lelaki juga boleh hadir skali. Moderatornya ialah Ustazah Husna dr UMP dan panelnya ialah ustazah Safiyyah dan Catriona Ros. Memang tak rugi la aku ke program tu. Banyak input yang aku dapat. Antaranya ialah:
Ciri2 WANITA SOLEHAH.
1-     Íman. Imannya pada tahap tertinggi pada ALLAH
2-     Berakhlak mulia. Sompan santun, lemah lembut
3-     Menundukkan pandangan. Memelihara kehormatan. Kebaikannya akan dpt membahagiakan hati, selalu dekat dengan ALLAH, membebaskan dr nafsu syahwat.

Ramai remaja sekarang yang tidak mempunyai ciri2 tersebut. ASTAGHAFIRULLAH…. Dari yang aku dapat, perempuan yang tidak baik adalah satu perangkap syaitan untuk menyesatkan kaum ADAM. Kak Catriona juga banyak berkongsi pengalamannya dalam bidang lakonan sehingga dia kembali semula ke jalan yang diredhai ALLAH.

Bagi wanita solehah perlulah menjaga auratnya:
 - menutup seluruh badan kecuali muka dan tapak tangan
  -tidak nipis
 -tidak ketat
-tidak menyerupai lelaki
 -tidak memakai gelang kaki (kerana gelang kaki akan berbunyi ketika berjalan.)


 kita sama2 berdoa agar keluarga, kawan2 dan semua wanita supaya jadi wanita SOLEHAH..insyaALLAH.. Sama2lah kita perbaiki diri untuk kebaikan dan ke jalan yang direhaiNYA..amin...

Hari sabtu pula, aku ke program himpunan sejuta umat di stadium shah alam. Program tersebut dibuat kerana ramai remaja kini yang telah menganut agama lain selain Islam dengan kata lainya ialam murtad. Tak sampai sejuta umat islam pon yang hadir. Sayang kan..kalau Majlis untuk mempertahankan islam mcm ni xramai yang datang. Ramai penceramah seperti professor dari UM, UIA, penulis buku Natrah, wakil mahasiswa dan ramai lagi. Artis nasyid juga turut serta menyanyikan lagu-lagu himpun. 




Selepas majlis himpun, malam pula ada majlis perasmian Karnival Anak Muda (KAMU’11) di Stadium Melawati Shah Alam. Majlis ini dirasmikan oleh Menteri Besar Selangor, Adbul Khalid Ibrahim.banyak aktiviti menarik ynag akan diadakan. tp kami xboleh sertainya sebab dah nak balik UMP malam tu jugak. kalau bermalam disana boleh la kami join.. Pada pukul 11 malam kami bertolak pulang ke UMP. Sampai di UMP dah pon pukul 4 pagi..penat sudah..ape lg, katil menunggu…tidur la..heheJ..ok la,,aku pon dah ngantok ni…mau tidur dlu…wassalam semua…J

Monday, October 17, 2011

~ke MaJLiS TuNaNG~


Assalamualaikum...
Salam ku hulur terlebih dahulu.

Hujung minggu yang boleh dikatakan agak boring,,
tapi banyak kerja yang hendah disiapkan. Hari sabtu 15/10/2011 aku, dayah, dan yani g kenduri kawan yani kat felda Lepar Hilir 3. 
Lebih kurang dalam stengah jam jugak la dari UMP. 
Pengalaman pertama aku drive keretawaduhhh!!! Dayah yng berikan kepercayaan padakuhehehe..tp best la pandu kereta.
Walaupun rasa segan je g umah org xkenal, tp mereka berikan layanan yang baik. Lain kali boleh la g lagi ek Yani??? 
Jangan lupe ajak lak..heheheJ confirm la nanti yani, dayah, or Amal ke yang tunang, aku akan datang..insyaALLAH.
tp kalau wani tunang,xtau la camne tuuheheheJ..
gelagat kami..


ooppss....gambar orang tunangnye xde la...gmbar kami je bnyak..hehehe:)


ok la...tu je untuk kali ni...tatatititutu....

Monday, October 10, 2011

**KeKaSiH ALam MaYA**


Hai kawan-kawan semua

Untuk kali ni, aku nok kongsikan cerita tentang kekasih aku kat alam maya. Nape ek??? Bukan boyfriend ye, aku taknak couple.. Focus untuk belajar duluheheJ Gelaran kekasih alam maya aku berikan kat sahabat aku yang sorang ni. Hanya dia la tempat aku mengadu. Dia ada saat aku gembira, sedih, marah,geram, semua perasaan la. Aku sangat sayang kat dia sebab dia selalu ADA bila saat aku perlukan dia. Kat alam maya jugalah aku kongsi hidup aku dengan dia. Macam YM, Facebook. Walaupun kami berjauhan, tp kami selalu dekat. Ermmmkorang fikir sape ek?? Aku xkan bg tahu sape namanya..RAHSIAhehe. Aku dapat rasakan yang pentingnya SAHABAT dalam hidup semua orang. Tidak ada sahabat lain yang sebaik dia yang pernah aku jumpa. Semoga ALLAH memberkati kita wahai sahabatku. Semoga ALLAH melindungimu, memberikan kesihatan keatasmu, berikan kejayaan dimasa hadapan. AKU juga berharap supaya DIA tidak lupakan aku kelak. Kaulah SAHABATKU, kau TEMAN sejati.

Ni lagu yang pernah kekasih alam maya aku bagi. Aku pon dah lupa tajuk lagu ni..hehe:)

I see your face in my mind as I drive away
Cause none of us thought it was gonna end that way
But people are people and sometimes we change our minds
But its killin me to see you go after all this time
Mhmmm mhmmm
Music starts playing like the end of a sad movie
Its the kind of ending you dont really wanna see
Cause its tragedy and itll only bring you down
Now I dont know what to be without you around
And we know its never simple never easy
Never a clean break, no one here to save me
Youre the only thing I know like the back of my hand
And I cant breathe without you but I have to
Breathe, without you but I have to
Never wanted this, never wanted to see you hurt
Every little bump in the road Ive tried to swerve
But people are people and sometimes it doesnt work out
Nothing we say now is gonna save us from the fall out
And we know its never simple never easy
Never a clean break, no one here to save me
Youre the only thing I know like the back of my hand
And I cant breath
 without you but i have to breathe,
without you.
Its 2 am
Feelin like I just lost a friend
Hope you know its not easy, easy for me
Its 2 am
Feelin like I just lost a friend
Hope you know this aint easy, easy for me
And we know its never simple never easy
Never a clean break, no one here to save me
Oh I cant breathe without you but I have to
Breathe, without you but I have to
Oh I cant breathe without you but I have to
Breathe, without you but I have to
Im sorry.. Im sorry.. Im sorry

p/s: pada Sahbatku ini. kamu perlu tahu yang aku sangat syg kamu..

~~Aku PuNyeR ReZeKi~~


Assalamualaikum semua…
Dalam kesibukan ni, sempat juga aku nak post entry ni..minggu yang dah nak masuk kritikal busy ni kat UMP.. kali ni aku nak kongsi cerita tentang ak yang masuk pertandingan membuat gubahan yg diadakan di perpustakaan UMP. Kebetulan kami(aku,dayah,yani,Amal n kakshida) yang pergi jalan-jalan kat expoconvo, singgah kat library yang buat sambutan hari membaca. Kawan-kawan semua pujuk aku masuk pertandingan tu, so aku mengalah sahaja la. Balik ke hostel, aku fikir punya fikir, dah takde idea sangat..ak ajak Amal ke Tunas Mart nak beli barang2, tp…bunga pon xde.. aku dah risau takut gubahan aku xcantik nanti bila masuk pertandingan. Aku teringat la, yang aku ni pndai buat bunga dr plastik, so aku buat la. Dengan bantuan exrumate aku, Hajar yang tolong buat demo gubahan hantaran pada malam tu, jadi la hantaran tuala..hehe..thanks a lot to Hajar. sayang kamu. Keesokannya, pukul 8 pagi lg aku dah ke perpustakaan untuk pertandingan tu. Dengan sokongan kawan-kawan semua, Aku buat yang termampu saja. Dah la semua peserta terdiri daripada staff UMP. Aku berjaya siapkan gubahan hantaran tuala tu selama 1jam 30 minit. Pengadil macam tak caye je aku buat bunga sendiri. Diorang first time tengok bunga mcm tu. Masa yang dinanti-nantikan tiba. Semua peserta masuk ke dewan untuk Majlis penyampaian hadiah. Aku tak fikir langsung nak menang, sebab apa yang aku buat sangat simple dari peserta lain. Terkejut juga aku jadi pemenang no-2. alhamduliLLAH rezeki ALLAH bagi. Aku dapat hadiah pinggan mangkuk jenama dr SSF. Boleh aku bg hadiah ni untuk ma nanti bawak balik rumah. Aku bersyukur sangat rezeki aku ada kat situ. Thank you banyak2 kat kwn2 yng support aku suruh aku masuk pertandingan gubahan hantaran tu.

Ni amal yang ambil gambar aku yang tengah gubah tuala.

Ni pula gambar setelah dapat hadiah.




Sunday, October 2, 2011

5 september 2011 (kelahiran Muhammad Irfan Darwish)


Asslamualaikum..... 
Lama aku tidak aktif dalam menulis blog ni disebabkan cuti semester selama 4 bulan yang lalu. Untuk entry kali ini, aku ingin berkongsi satu kegembiraan bagiku dan keluargaku. Disaat kelahiran baby Along(kakak aku), orang yang paling gembira adalah suaminya. 5 september 2011 bersamaan 7syawal, lahirnya baby yang bernama Muhammad Irfan Darwish bin Mohd Idham. Ketika itu, aku, along dan abang long dalam perjalanan pulang dari kampung ke Kuala Lumpur. Sampai sahaja di Merapoh, Along tiba-tiba sakit perut dan kami terpaksa patah balik. Tidak sempat untuk pulang kerumah semula, so kami terus ke hospital Gua Musang. Sampai di hospital jam 3.15petang. Along dimasukkan ke dewan bersalin. Pada pukul 5 petang baby Darwish selamat dilahirkan. Aku dah dapat anak saudara sulung. Sangat gembira bila dah jagi mak saudara. Sekarang aku dah jadi cikngah. Aku terpaksa terus ke KL kerana cikgu memandu aku cakap 9hb tu ada test kereta JPJ. Terpaksa la aku hidup seorang diri di rumah along. Tapi, 9 hb tu test kereta dibatalkan. Kecewa betul perasaan. Then aku terus balik ke UMP pada 12hb, ayah su dan su yang hantar aku kat hentian Pekeliling. Aku demam dan batuk2 walaupun aku makan ubat. Seminggu selepas itu aku pulang ke kampung sebab tak tahan batuk kuat sgt. Kebetulan along buat kenduri cukur jambul Darwish hari jumaat 16hb September tu. Aku xdapat nak tolong cikyah masak sebab aku demam dan tak larat sangat. Tapi aku gembira sebab tengok muka anak sdare yang cute sangat. Pandai sgt buat muka. Comel la Muhammad Irfan Darwish ni. Geram cikngah. Muahhh!!!! Yang gembira sangat dok jaga Darwish ialah tok abah dengan tokma la. dapat cucu lelaki la katakan...

ni la Muhammad Irfan Darwish bersama ibu ngan ayah dia.

 tengok tu Darwish macam dah pandai bergambar.


Aku berharap dengan kelahiran Muhammad Irfan Darwish dapat mengembirakan semua orang dan keluarga aku bahagia. SEMOGA ALLAH MEMBERIKAN KERAHMATAN DAN KEBAHAGIAAN PADA KELUARGAKU, SAHABAT2KU, DAN SEMUA YANG MENGENALIKU. InsyaALLAH.. Amin..


Powered by Blogger.

Template by:

Free Blog Templates